Saturday 18 February 2012

Ihfazillah,yahfazka

Ihfazillah,yahfazka (Jagalah Allah,Allah akan menjaga kamu)
rujuk Hadis ke-19 Imam Nawawi

Kisah benar di IKIM.FM:

Seorang ibu mengajak anaknya berhenti solat Zohor di stesen minyak,tapi anaknya
kata,rumah dekat saja.Baik solat di rumah saja.Tapi si ibu selalu kata kat anaknya
"Ihfazillah,yahfazka".Walaupun dalam keadaan terpaksa,dia solat juga ikut kehendak
ibunya.Riak mukanya sangat kelihatan tidak puas hati dengan ibunya tadi.

Bila si anak ni nak melintas jalan,dia lari selaju yang mungkin,dalam masa yang sama,kereta sangat laju meluncur,si ibu mendengar bunyi ekzos yang kuat itu.Dalam fikiran si ibu,memikirkan di mana hospital terdekat,dan akan kedengaran bunyi dentuman.Tapi,selepas berlalunya kereta tadi,tiada apa bunyi kedengaran,tiada dentuman.Si ibu tadi mencari-cari si anak.

Si anak kelihatan pucat,duduk di sebelah kereta mereka.Lalu si anak berkata.
"Ibu,saya dah lari sekuatnya,tapi,saya tahu saya tak boleh lari sekuat ni,saya seperti rasa ada sesuatu yang menolak saya hingga ke dinding.Ibu,Allah jaga saya ibu.Mujurlah saya dah solat tadi.Ihfazillah,yahfazka"

Alhamdulillah,bersyukur si ibu,ayat biasa yang diajar pada si anak,disebut si anak sendiri dengan kesedaran dan pengalaman yang dilaluinya sendiri.

ni dapat daripada seorang kawan saya ja..
dapat ilmu kita sebar-sebarkan.share-sharekan ye x?selain dari kita manfaatkan :)



سبحان الله

الحمدُ لله

لا إله إلا الله

اللهُ أكبر

اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم



1 comment:

Razif Redz said...

Alhamdulillah serta syukur dr saya ... atas perkongsian ini

Post a Comment

Sila-sila komen sampai muntah :D

our life change since ..

Daisypath Anniversary tickers