Saturday 18 February 2012 1 comments

Ihfazillah,yahfazka

Ihfazillah,yahfazka (Jagalah Allah,Allah akan menjaga kamu)
rujuk Hadis ke-19 Imam Nawawi

Kisah benar di IKIM.FM:

Seorang ibu mengajak anaknya berhenti solat Zohor di stesen minyak,tapi anaknya
kata,rumah dekat saja.Baik solat di rumah saja.Tapi si ibu selalu kata kat anaknya
"Ihfazillah,yahfazka".Walaupun dalam keadaan terpaksa,dia solat juga ikut kehendak
ibunya.Riak mukanya sangat kelihatan tidak puas hati dengan ibunya tadi.

Bila si anak ni nak melintas jalan,dia lari selaju yang mungkin,dalam masa yang sama,kereta sangat laju meluncur,si ibu mendengar bunyi ekzos yang kuat itu.Dalam fikiran si ibu,memikirkan di mana hospital terdekat,dan akan kedengaran bunyi dentuman.Tapi,selepas berlalunya kereta tadi,tiada apa bunyi kedengaran,tiada dentuman.Si ibu tadi mencari-cari si anak.

Si anak kelihatan pucat,duduk di sebelah kereta mereka.Lalu si anak berkata.
"Ibu,saya dah lari sekuatnya,tapi,saya tahu saya tak boleh lari sekuat ni,saya seperti rasa ada sesuatu yang menolak saya hingga ke dinding.Ibu,Allah jaga saya ibu.Mujurlah saya dah solat tadi.Ihfazillah,yahfazka"

Alhamdulillah,bersyukur si ibu,ayat biasa yang diajar pada si anak,disebut si anak sendiri dengan kesedaran dan pengalaman yang dilaluinya sendiri.

ni dapat daripada seorang kawan saya ja..
dapat ilmu kita sebar-sebarkan.share-sharekan ye x?selain dari kita manfaatkan :)



سبحان الله

الحمدُ لله

لا إله إلا الله

اللهُ أكبر

اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم



Friday 17 February 2012 21 comments

SEGMEN:"TAMBAH FOLLOWER SAMPAI PENGSAN"


Assalamualaikum :))


Untuk para-para sakura blog yg masih baby and merangkak-rangkak lagi macam kami ni ha,haha,yang otai blog pun boleh join :) senang cerita sapa-sapa pun boleh :)) 
boleh rapatkan ukhuwah fillah sesama kita :)


Klik gambar doraemon bwh ni.hampa akan terus dibawa lawatan sambil belajar ke blog CIK LEZZA yang manis :)
                                                      
                                                                            

Ni first time kami join segmen,harap otai2 blog sudi beri tunjuk ajar :D

Trillion terima kasih kasih kami ucapkan kepada Cik sebab anjurkan segmen macam ni..

moh le kita join reramai supaya dapat tambah kawan,pengalaman dan macam-macam lagi.hoho XD

Cepat,Cepat.Sementara stok masih ada : 3/3/2012 :D

Sekian,dari kami :DD blogger yang sengal :P


Thursday 16 February 2012 0 comments

Group FB menghina Islam, sama2 kita REPORT !!

Assalamualaikum..
corat coret hari ni..nauzubillah..


daripada fb PejuangMudaMasaKini

mari kita menolong Islam dengan meluangkan masa anda tidak lebih daripada 3 minit... TOLONG SEBARKAN .. link------> https://www.facebook.com/groups/117676498244829/ 

ya Allah,sakit hati tengok page ni..
Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa.Neraka-Mu adalah benar..





Wednesday 15 February 2012 0 comments

Petua Kuat Ingatan aka Memori

Assalamualaikum.,
Tadi terjumpa nie..

Right-click > Open image in new tab :)

Bolehlah amalkan same2.. InsyaAllah..
Selepas Isyak dan Subuh ye, 9 kali.. :)


sumber
Tuesday 14 February 2012 0 comments

Plants vs Zombies Survival Endless: unlimited flags !

Assalamualaikum sume. :)
Ehem2, Plants vs Zombies nie game yang naek time ktorg stadi kat matrik dulu, Encik Zar kat Kolej Matrikulasi Selangor, Cik Far kat Kolej Matrikulasi Kedah,huhu.. Bler main balik skang nie, teringat lak zaman2 muda remaja dulu. Matrik memang best.. :')


Erm, tapi skang bukan nak cite pasal matrik, nak cite pasal game nie, mode survival endless..mode yang paling ktorg ske..sbb yang nie baru menguji kekuatan kubu kite.. Sebab kalo maen yang laen asik asik asik menang je..Ptuihh !! haha..Mule2 dlu maen survival endless nie, ktorg dpt la dalam 20++ flags, memang xpuas ati betol, bler wave gargantuar + zombonis + jackinthebox da makin ganas tahap giler kentang.. Kubu jadi lumpuh terus.. 




Lepas berexperimentasi dengan formation yang berbeza2, 
finally !! dpt gak yang terbaek nie,hehe..
ce usha nie..
sharing2 sket ek ngan korg..

Ha, mule2 pemilihan plant, lepas sun da stabil, n da bersedia nak wat kubu yang kekal, pilih plant camnie utk setiap level..kecuali kalo ade winter melon yang mati/kena curi, angkat la winter melon sekali untuk gantikan..




Next, penerangan tentang kubu.
Bagi besar la der, senang sket nak tengok !!
  1. "Kiliing zone" tu tempat sume zombie msok, bler killing zone da betul2 penuh (tunggu sampai betul2 penuh seluruh area killing zone) , bley la lancarkan jagung goreng seketol, seketol di atas seketol di bawah, kemudian tambahkan garam secukup rase dan gaul sehingga sebati.. (eh2? huhu)
  2. Tengok area yang belakang sket, korg nampak kan "Toyol Killing Zone", tulisan kaler kuning.. area tu tempat toyol2 sume akan landing.
  3. 6 ketol Gloom shroom kat pool: cukup sgt2 untuk cover sume zombie kat air, dan cover zombie kat lane 2 & 5..
  4. 4 ketol pak cik Jagung kat pool: dorg nie akan selamat forever, xde zombie yang dapat attack dorg.
  5. Bila & bape jagung nak launch? Kalo gargantuar mata putih, bagi dia makan seketul ckop r..kalo mata merah, bagi dia 2 ketol.. Zombonis lak? Setiap 2 wave zombonis, bagi seketol jagung di atas dan di bawah. Camner nak tau 2 wave? Bler zombonis da dekat dengan duri dan kat belakang dia pun ade zombonis gak (sume da masok killing zone).
  6. 4 ketol cattail kat pool: cover balloon zombies.. 4 ketol nie ckop untuk cover wave balloon zombie besar mana pun, jangan risau pasal dorg..makhluk nie tolong attack zombie yg laen2 gak.. 
  7. Gloom shroom kat row plg belakang: cover digger zombie, tolong bunuh toyol dalam toyol killing zone gak.. :)
  8. Umbrella leaf: elak bungee zombie & zombie baling kelapa tu..huhu..so, sume plant kat row 1-3 selamat..kalo bungee zombie nak angkat plant kat row 4-5, campak jagung seketol.. kalo kat row2 yang laen, bia je, konpem2 dia mati, xsempat curi pn.
  9. Winter melon: slowkan zombie2 yang dalam killing zone supaya dorg mati sebelum sampai kat plant..hehe..
  10. Last sekali: pumpkin untuk sume plant, kecuali cattail kat row 1, sebab? xde zombie akan dapat sentuh dorg.. :p Pumpkin2 yang rongak replace cepat2.
Hasilnya?


Erm, sampai skang blom kalah lagi, rase2 cam xbley kalah,hehe..
sebab bler da beratus2 flag, wave dia lebih kurang je kekuatan dia, 
kena pandai maen jagung goreng dara madu berempah & cherry bomb + jalapeno..
tunggu killing zone da btol2 penuh baru campak jagung, 
yang tu cara main yang asas untuk formation nie..
 zombie memang xdapat makan plant la kat lawn aku, 
dapat makan labu je, 
dengar bunyi dorg kunyah labu je stiap mase,.haha

Kalo ade sape2 yang try..share2 la pencapaian kat sini,hehe..xpun nak bangkang pape ke, kalo ade formation yang lagi gempak ke..ek..

Sekian, assalamualaikum.. :)




1 comments

Hari Selasa :)

Assalamualaikum :) 
14 Februari~~
hari ini hari apa?
yang saya tau hari ni hari Selasa.LOL..(bunyi cengkerik)
so,ada apa dengan hari selasa 14 februari 2012?
hari ni ada pekan selasa kat kampung tok saya yg hanya ambil masa 5 minit perjalanan dengan kereta.huhu,senang sikit nak pi beli ikan.yess :P

ok2..nk merapu pun rasa cam xlawak T.T 
jadi,sttp(konon2 straight to the point)..
dok usha2 mukabuku,ramai dok post psal ni..
14 februari-hari memperingati kekasih aka valentine's day.
bila cakap 14 Februari ni,orang mesti tau hari valentine.
dan macam kita tau,hukum sambut hari valentine ni adalah HARAM!

Nabi Muhammad s.a.w. melarang untuk meniru budaya orang bukan Islam.  
Sapa2 yang tiru budaya macam ni,ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut..


Sabdanya: Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512.




p/s : 


Dari Abu Said Al-Khudri r.a., katanya ; Aku dengar Rasulullah SAW bersabda : Sesiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangannya (kuasa), Jika dia tidak mampu maka hendaklah dicegah dengan lidahnya, Tetapi jika dia tidak mampu maka hendaklah dia mencegahnya dengan hatinya, yang demikian itu adalah selemah-lemah iman. (Riwayat Muslim)


*mencegah kemungkaran dengan blog boleh kan :) mana tau ada sapa2 yang sebelum ni sambut valentine,terbuka hati bila baca entry ni,dia xsambut dah :) 












Sunday 12 February 2012 2 comments

Ghost Rider Spirit of Vengeance (2012)



Ghost Rider Spirit of Vengeance - The Darkest Hero Rides Again is an upcoming 3D superhero film. Ghost Rider roars up on his burn-out bike. Coming to cinemas, 17th February 2012.

atau dalam bahasa melayu versi google translate:


Hantu Roh Rider kepada golongan yang bersalah - Rides Hero Darkest Lagi adalah sebuah filem superhero 3D yang akan datang. Rider hantu roars di atas basikal pembakaran keluar. Datang ke pawagam, 17 Februari 2012.

pekejadah nyer?? naek basikal ke beliau dalam filem kali nie?

mari kita rungkai persoalan ini ! huhu..

ok.
yang nie sequel terbaru Ghost Rider nie, antara filem yang dinanti-nantikan tahun nie.. rase2 bez ke x nie? kalau best nie mesti rasa best kan nie? (xde idea nie, haha nie.. =.="). sape2 yang layan ghost rider yang sebelum nie konpem2 nak tengok.. ha, usha trailer dulu, kat SINI ye.. official website dye lak kat SINI :)

Gempak? bagi aku memang nampak cam gempak walaupun x segempak Ghost Rider versi bahasa melayu yang da tayang pun kat Malaysia dan agak kontroversial sket r..haha..tapi ade hikmahnya - Zizan da rapat dengan Ustaz Azhar Idrus..huhu.. tau cite pe? Hantu Bonceng.. =..="
kan3? disebabkan kegagalan sequel yang bertajok Hantu Bonceng tersebut r dorang nak release yang Ghost Rider Spirit of Vengeance nie.. hmm, macam2 dorang nie en.. nie sume konspirasi je nie, kalo aku x explain kat sini mesti ramai yang x tau fakta nie.. :P

ok, da nak maghrib, baek stop mengarut, kang leka untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim.. :)

until next entry, wassalam..
sudi2 la polow ek..







our life change since ..

Daisypath Anniversary tickers